HARI DASHBOARD KOMUNITI & KDB

Maklumat Setempat | 4 November 2016

PROGRAM HARI DASHBOARD KOMUNITI & KDB

 

Pihak PEDI Pekan Marudi telah menganjurkan Program Hari Dashboard Komuniti & KDB pada 28 Oktober 2016 (Jumaat) yang lalu.

Program tersebut dianjurkan bersama ahli Kluster Baram termasuk PEDI Pekan Marudi, PEDI Pekan Beluru dan juga PEDI Long Lama. Program tersebut bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang bersama komuniti yang telah dijemput bagi sama-sama memeriahkan lagi program tersebut.

Golongan yang terlibat adalah seperti berikut :

  1. Hospital Marudi
  2. JKR Marudi
  3. Jabatan Penerangan
  4. Good Shepherd Church Marudi
  5. SMK Marudi
  6. PBB Pekan Marudi
  7. Buddha Association Pekan Marudi
  8. Public Bank
  9. Teksi Marudi

 

 

Para peserta menonton video KDB yang ditayangkan oleh pihak PEDI.

 

Segelintir peserta yang bergambar bersama-sama untuk kenangan.

Peserta mendengar penjelasan tentang Dashboard Komuniti & KDB.