GD Laundry in Marudi

Kedai dobi layan diri pertama di Marudi kini dibuka. Lokasi kedai dobi ini yang terletak di seberang dataran Marudi memudahkan para pelanggan untuk datang ke sini. Kedai dobi ini mula beroperasi pada 27 April 2018.
Sempena dengan pembukaan kedai dobi layan diri pertama di Marudi ini, perkhidmatan CUCIAN PERCUMA selama SEMINGGU dari 27 April – 3 Mei 2018 ditawarkan kepada semua komuniti setempat.