mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

🏫 Sekolah : SK Benawa, Baram
📅 Tarikh : 7 Ogos 2025

MCMC Cawangan Miri (MBO), dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Marudi, telah meneruskan pelaksanaan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Benawa, Baram.

🎯 Objektif Program :
– Meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
– Memupuk kesedaran mengenai had umur yang sesuai dalam penggunaan media sosial.
– Mendedahkan murid kepada risiko dalam talian seperti perkongsian maklumat secara berlebihan dan buli siber.

👥 Peserta :
– 11 orang pelajar daripada Tahun 1 – 3 (Tahap 1)
– 15 orang pelajar daripada Tahun 4 – 6 (Tahap 2)

🧑‍🏫 Fasilitator :
Seramai dua orang fasilitator telah terlibat dalam pelaksanaan program ini, terdiri daripada dua petugas daripada NADI Pekan Marudi.

📚 Aktiviti :
– Modul RSP Tahap 1 (7 – 9 tahun)
– Modul RSP Tahap 2 (10 – 12 tahun)

🏅 Ikon K-DAT :
– Ikon K-DAT (Guru) : Muhammad Ameerul Bin Nordin
– Jawatan : Guru Akademik Biasa (GAB)

– Ikon K-DAT (Murid) : Ephesus Sang Edward
– Tahun : 5 Cenderawasih

▶️ Hasil Program :
Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu meningkatkan kesedaran dan pemahaman murid berkaitan keselamatan dalam talian. Selain itu, murid lebih peka terhadap risiko buli siber dan perkongsian maklumat peribadi. Di samping itu, para guru turut menyatakan harapan agar program seumpama ini dapat diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di sekitar Marudi.

Terima kasih.

klik di sini..https://pekanmarudi.nadi.my/kempen-internet-selamat-kis-3/