KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)
🏫 Sekolah : SMK Marudi
📅 Tarikh : 11 Februari 2026
MCMC Cawangan Miri (MBO), dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Marudi dan Beluru, telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi.
🎯 Objektif Program :
- Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan internet dengan menekankan risiko yang dihadapi dalam talian seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu dan ancaman pengantunan seksual, di samping memupuk kesedaran tentang etika penggunaan internet secara bertanggungjawab.
- Membantu pelajar mengenal pasti dan membezakan antara maklumat yang sahih dan palsu dalam talian, sekali gus membentuk keupayaan berfikir secara kritikal ketika melayari internet.
👥 Peserta :
-556 orang pelajar (Tingkatan 1-5)
🧑🏫 Fasilitator :
Seramai 2 orang fasilitator telah terlibat dalam pelaksanaan program ini, terdiri daripada dua petugas daripada NADI.
📚 Aktiviti :
Modul RSP Murid Sekolah Menengah (13 tahun -17 tahun) :
🏅 Ikon K-DAT :
- Ikon K-DAT (Guru) : Khaidi
- Jawatan : Guru Akedemik Biasa
- Ikon K-DAT (Murid) : Maryline Usun
- Tingkatan: 4D ▶️ Hasil Program :
Pelajar menunjukkan pemahaman yang jelas terhadap konsep keselamatan digital, termasuk risiko penyalahgunaan internet serta kepentingan menjaga privasi semasa dalam talian. Pelajar turut mampu mengenal pasti perbezaan antara maklumat yang benar dan palsu, hasil daripada modul yang disampaikan dalam membentuk literasi digital.
Terima kasih.
klik disini https://pekanmarudi.nadi.my/kempen-internet-selamat-kis-10/