KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)
🏫 Sekolah : SK Sg Arang
📅 Tarikh : 16 Ogos 2025
MCMC Cawangan Miri (MBO), dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Miri, Subis dan Baram, telah meneruskan pelaksanaan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Arang, Marudi
🎯 Objektif Program :
- Meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
- Memupuk kesedaran mengenai had umur yang sesuai dalam penggunaan media sosial.
- Mendedahkan murid kepada risiko dalam talian seperti perkongsian maklumat secara berlebihan dan buli siber.
👥 Peserta :
- 22 orang pelajar daripada Tahun 1 – 3
- 25 orang pelajar daripada Tahun 4 – 6
- 11 orang pelajar daripada prasekolah
🧑🏫 Fasilitator :
Seramai empat orang fasilitator telah terlibat dalam pelaksanaan program ini, terdiri daripada empat petugas daripada NADI.
📚 Aktiviti :
Modul RSP Tahap 1 (7 – 9 tahun) :
- Penetapan Minda : Pecah Ruyung
- Pelajaran 1 : Hak dan Tanggungjawab
Modul RSP Tahap 2 (10 – 12 tahun) :
- Penetapan Minda : Pecah Ruyung
- Pelajaran 1 : Stesen Literasi Digital
- Pelajaran 2 : Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial
- Pelajaran 3 : Stesen Bahaya Media Sosial 1
- Pelajaran 4 : Stesen Bahaya Media Sosial 2
- Pelajaran 5 : Stesen Alternatif Media Sosial
🏅 Ikon K-DAT :
- Guru : En. Adrian Erl Kusau anak Franky
- Jawatan : Guru Akademik Biasa
- Murid : Elvina Purai Peter
- Tahun : 3 ▶️ Hasil Program
Pelajar mengetahui kepentingan persekitaran digital yang lebih selamat dengan meningkatkan literasi digital dan amalan penggunaan internet terutama penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.
Terima kasih.
Klik disini https://pekanmarudi.nadi.my/kis-sk-sg-arang-2/