mcmc
Laporan Aktiviti

KIS SMK TELANG USAN

KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

🏫 Sekolah : SMK Telang Usan
📅 Tarikh : 23 Ogos 2025

MCMC Cawangan Miri (MBO), dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Marudi dan Beluru, telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Telang Usan.

🎯 Objektif Program :

  • Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan internet dengan menekankan risiko yang dihadapi dalam talian seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu dan ancaman pengantunan seksual, di samping memupuk kesedaran tentang etika penggunaan internet secara bertanggungjawab.
  • Membantu pelajar mengenal pasti dan membezakan antara maklumat yang sahih dan palsu dalam talian, sekali gus membentuk keupayaan berfikir secara kritikal ketika melayari internet.

👥 Peserta :
-20 orang pelajar (Tingkatan 4)

🧑‍🏫 Fasilitator :
Seramai 2 orang fasilitator telah terlibat dalam pelaksanaan program ini, terdiri daripada dua petugas daripada NADI.

📚 Aktiviti :
Modul RSP Murid Sekolah Menengah (13 tahun -17 tahun) :

🏅 Ikon K-DAT :

  • Ikon K-DAT (Guru) : Beathrice Christine Anak Dickie
  • Jawatan : Guru Akedemik Biasa ( Ketua Panatia Asas Sains Komputer )
  • Ikon K-DAT (Murid) : Allyzee Shuling Andrew
  • Tingkatan: 4 Amanah ▶️ Hasil Program :
    Pelajar menunjukkan pemahaman yang jelas terhadap konsep keselamatan digital, termasuk risiko penyalahgunaan internet serta kepentingan menjaga privasi semasa dalam talian. Pelajar turut mampu mengenal pasti perbezaan antara maklumat yang benar dan palsu, hasil daripada modul yang disampaikan dalam membentuk literasi digital.

Terima kasih.

klik disini https://pekanmarudi.nadi.my/kis-smk-telang-usan-2/