Kursus Asas Intel Hari Ke 2

Jadual Latihan & Aktiviti | 28 April 2016

Pada hari kedua peserta mempelajari asas menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.  Tujuan kelas ini diadakan, bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para peserta dalam menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Sebelum kelas tamat, para peserta turut diberi penerangan tentang kempen klik dengan bijak. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan serta mendidik para peserta tentang cara menggunakan internet dengan betul dan selamat. Pihak PIK Pekan Marudi berharap agar apa yang telah dipelajari dapat membantu para peserta meningkatkan kemahiran mereka menggunakan komputer dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan menggunakan internet dengan cara betul dan selamat.

 

Peserta mempelajari cara memasukkan gambar ke dalam slide

 

Peserta belajar menaip menggunakan Microsoft PowerPoint

 

Peserta diberi penerangan tentang kempen Klik Dengan Bijak