mcmc
Laporan Aktiviti

MCMC MS AI Teach Sarawak

Program MCMC Microsoft AI TEACH kini dilaksanakan di Sarawak, memperkasa masyarakat dengan kemahiran asas Kecerdasan Buatan (AI) dan etika penggunaan teknologi. Dengan sokongan rakan strategik seperti CENTEXS, SDEC, PERKESO dan Biji-biji Initiative, program ini memperluaskan capaian ke komuniti luar bandar melalui 15 Pusat NADI dan Digital Innovation Hub di seluruh negeri.

Sejak dilancarkan, lebih 2,000 individu termasuk golongan rentan telah mendapat manfaat, membuka peluang pekerjaan melalui MyFutureJobs dan mengukuhkan agenda pembangunan digital negara.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

KLIK DISINI https://pekanmarudi.nadi.my/mcmc-ms-ai-teach-sarawak/