Laminate Kad Ucapan Semoga Cepat Sembuh
Pada 26 November yang lalu, PI1M telah mengajar pelajar sekolah cara untuk laminating kad ucapan semoga cepat sembuh untuk pesakit di Hospital Marudi.
Langkah 1 :
Cari gambar-gambar kad ucapan semoga cepat sembuh melalui Google. Save imej yang dipilih dan Insert ke dalam Microsoft Word. Susun setiap gambar yang telah dimasukkan ke dalam Microsoft Word agar kemas.
Langkah 2 :
Cetak @ Print setiap gambar tersebut dalam saiz kertas A4.
Langkah 3 :
Susun gambar tersebut dalam laminating film yang disediakan oleh pihak PI1M. Buka laminator dengan suhu yang bersesuaian, tunggu sehingga lampu pada butang READY menyala dan sedia untuk laminate gambar-gambar tersebut.
Langkah 4 :
Setelah semua gambar dilaminate, gunting gambar-gambar tersebut mengikut saiz. Selepas gunting, tebuk lubang dengan menggunakan penebuk lubang pada sudut bahagian atas gambar.
Langkah 5 :
Ikat gambar tersebut pada hadiah yang disediakan dengan menggunakan reben. Selesai.

Susun gambar dalam laminating film yang disediakan oleh pihak PI1M.

Laminate gambar dengan arah yang betul

Ikat Kad Ucapan pada hadiah yang disediakan dengan menggunakan reben.