mcmc
Sejarah

Sejarah Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi

photo 6186240112136925451 y

Sejarah Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi, Baram, Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi(NADI) merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad dan MSD Digital Intelligent Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 356 buah Pusat Internet Komuniti dibawah seliaan Telekom Malaysia Berhad yang telah diwujudkan di seluruh Malaysia iaitu 12 buah pusat Fasa Perintis, 73 buah pusat Fasa 1, 52 buah pusat Fasa 2, 31 buah pusat Fasa Felda, 5 buah pusat Fasa Felda EB, 1 buah pusat Fasa Long Beruang, 100 buah pusat Fasa Telephony, 10 buah pusat Fasa Clawback 2012, 42 buah pusat Fasa CBL Enhancement dan 30 buah pusat Fasa Clawback 2013 telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 Pusat Sebaran Maklumat Nasioanl Pekan Marudi(NADI) merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi (NADI) ini telah diberi nama mengikut tempat ia ditubuhkan iaitu Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi . Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi ini adalah Fasa 1 bahagian Sarawak. Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi telah bermula beroperasi pada 17/07/2010.

Dengan sokongan Ketua Kampung dan penduduk setempat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi telah ditubuhkan dengan jayanya. Kini penduduk Pekan Marudi dapat memdekatkan diri dengan pelbagai program ICT yang telah dianjurkan tanpa mengira golongan umur dan bangsa.